CATAN MEDIA CAMPURAN 'Rukun Negara 2 - Voice 6, mixed media on canvas, fiberglass, with screenprinting, 2013, Zulkifli Yusof Dikenali pada awal abad ke-20, ketika aliran kubisme yang dipelopori oleh Pablo Picasso yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasa digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas/kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk 'Three Musicians' antara tahun 1910 hingga 1912. Catan media campuran banyak menggunakan teknik kolaj dan assemblaj. Ia dapat dilihat adanya pameran terbesar di Museum of Modern Art, New York, Amerika Syarikat yang mempamerkan karya assemblaj bertajuk 'The Art of Assemblage' (1961). Pada awal abad ke-20, artis masih lagi berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figuratif, alam sekitar dan alam benda. pertumbuhan pelbagai aliran (kubisme, surelisme dan pop art) ini membuatkan catan traadisional semakin ditinggalkan. Gabu...