CATAN MEDIA CAMPURAN


'Rukun Negara 2 - Voice 6, mixed media on canvas, fiberglass, with screenprinting, 2013, Zulkifli Yusof


  • Dikenali pada awal abad ke-20, ketika aliran kubisme yang dipelopori oleh Pablo Picasso yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasa digunakan untuk karya 2D.
  • Beliau menggunakan potongan kertas/kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk 'Three Musicians' antara tahun 1910 hingga 1912. 
  • Catan media campuran banyak menggunakan teknik kolaj dan assemblaj. Ia dapat dilihat adanya pameran terbesar di Museum of Modern Art, New York, Amerika Syarikat yang mempamerkan karya assemblaj bertajuk 'The Art of Assemblage' (1961).
  • Pada awal abad ke-20, artis masih lagi berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figuratif, alam sekitar dan alam benda.
  • pertumbuhan pelbagai aliran (kubisme, surelisme dan pop art) ini membuatkan catan traadisional semakin ditinggalkan. Gabungan jalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan media campuran.
  • Merupakan gabungan kolaj dan asemblaj sebagai teknik menghasilkan sebuah karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik/lukisan berupa seni tampak.
  • Herry Matisse (artis)- menggunakan cat dan potongan kertas dalam menghasilkan 'Sorrows of The King' pada 1952.
  • Tahun itu juga merupakan satu langkah pembaharuan dalam dunia catan dimana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. 
  • Kebanyakkan bahan media campuran adalah seperti; aluminium, kayu, kaca, plastik, besi, bahan-bahan buangan dan sebagainya.

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
  • Terdapat 3 faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan moden di Malaysia:
  1. Perjanjian Inggeris
  2. Penghijrahan bangsa dagang
  3. Status pendidikan
  • Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada sekitar 1930-an menerusi karya-karya Abdullah Arif, Yong Mun Sen dan lain-lain.
  • Gaya baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunkan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah catan gaya barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. 
  • Media campuran ini dipelopori oleh ramai artis catan pada tahun 1990-an. Pengolahan catan media campuran yang mencipta simbol-simbol baharu yang menghubungkan karya-karya seni moden dengan budaya tempatan.
  • Antaranya adalah Chong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya pemakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-masing.
  • 1990-an adalah titik permulaan catan 'mixed media' dimana ia menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan 'mixed media' dalam karyanya.
  • Antara artis yang menggunakan media campuran adalah:
  1. Zulkifli Yusof
  2. Ahmad Syukri Mohamed
  3. Tan Chin Kuan
  4. Bayu Utomo Radijikan

BAHAN (MATERIAL)
  • Bahan= Sesuatu objek yang dikenali sama ada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya.
  • bahan itu ialah seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal-proses pengkaryaan, sebarang meduim diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk 'chemical' atau masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.
  • Bahan juga boleh dikategorikan :
  1. Bahan pepejal (batu, limestone)
  2. Bahan organik (kayu)
  3. Bahan industri (besi, tembaga)
  • jenis bahan:
  1. kayu
  2. plastik
  3. kaca lutsinar
  4. perspek
  5. aluminium
  6. bahan-bahan buangan

CARA MEMILIH BAHAN
  • FUGIVITE - Penghasilannya menerusi terus ke atas permukaan atau karya.
  • PERMANENT - Bahan ini berbentuk lebih tahan, dimana nilainya dari segi masa. Terdapat sifat tersendiri mengenai jalinannya. 
  • Bila melihat kepada 'texture', kesan yang wujud secara spontan / melahirkan jalinan yang tidak disengajakan.
  • Boleh juga dihasilkan melalui silkscreen, komputer grafik / foto.

PENGOLAHAN BAHAN DALAM BENTUK TEKNIK BERKARYA
  • Perlu tahu jenis dan teknik yang dikehendaki.
  • kekuatan sesuatu bahan perlu diketahui oleh pengkarya.
  • teknik collage  merupakan permulaan kepada kesemua teknik yang hadir selepasnya.
  • berikutan itu lahirlah teknik-teknik seperti:
  1. Assemblage
  2. Combine painting
  3. Fibric
  4. Fumage
  5. Brulage
  6. Affiches laceres
  7. Froissage
  8. Frottage

KOLAJ
  • Permulaan seni bahan-bahan berbentuk kertas yang dihasilkan oleh Pablo Picasso.
  • (1906-1914) merupakan satu era seni dengan adanya karya-karya yang membezakan pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi.
  • Picasso dan Braque membuat eksperimentasi yang dikenali sebagai 'analytic cubisme' iaitu gagasan dari Cezanne.
  • Mereka memasukkan form tanpa mengubah bentuk asas sebagai rupa dan bentuk sendiri.
  • Dimasukkan pula keratan akhbar, tiket dan pelbagai lagi kesan-kesan pada karya mereka.
  • Selalunya, kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan seperti keratan akhbar, tiket dan sebagainya. 
  • Kadangkala, kewujudan mereka hanya melalui tanpakan mata dan mendatar.
  • Selalunya permukaan kolaj itu kebanyakkannya masih bersifat 2D.

ASSEMBLAGE
  • Tidak seperti kolaj, ianya hanya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief.
  • Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan telah dimasukkan bersama menjadisatu karya.
  • Artis Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya berbentuk assemblage. 
  • Sebagai contoh, mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai diambil, disimpan dan di compose kembali menjadi sebuah karya. 
  • Sebagai contoh: 
  1. Akhbar
  2. Stamp
  3. Tali
  4. Kayu
  5. Besi
  6. Plastik
  • Berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal. 
  • Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan kolaj yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-penambahan dan penerokaan baru menjadikan sesuatu catan itu kepada relief.

COMBINE PAINTING
  • Seni ini diasaskan oleh 2 pelukis barat Robert Rauschenberg dan Jasper Johns.
  • Lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan Dada.
  • Karya 'First Landing Jump'menggunakan tayar, kayu serta objek lain.
  • Karya Jasper Johns dalam siri 'Target'nya, kebanyakan karyanya mementingkan teknikal seperti casting. 
  • Kesimpulannya, seni combine ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan kubisme, dadaisme sehingga ke seni kontemporari.

ANTARA CONTOH-CONTOH MEDIA


CAT AIR

  • Pewarna dalam bentuk kiub dan tiub.
  • Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap.

CAT POSTER

  • didapati dalam tiub atau botol. 
  • Mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. 
  • Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran air. 

CAT MINYAK

  • menggunakan bahantara tupentine
  • Bahan pengilat, minyak linsid

PENSEL

  • Sejenis alat tulis digunakan untuk melukis

KRAYON

  • warna krayon adalah kalis cahaya dan kalis air.

PEN

  • jenis pen:
  1. Pen mata bola
  2. Pen mata golek
  3. Pen dakwat
  4. Pen mata felt 
  5. Pen agarwood



Comments